Allah Muhammad
izzati pink worldღ
Pink world owner

Navigation : touch hover image



Diaries Owner Linkies Stuff

❤Assalamualaikum! Welcome to my pink world! Ctrl w if you hate it. Please be happy and keep smiling!❤
ღIzzati pink worldღ


Owner
Izzati Sarafina Hanis Noorhazerin
19 Jun 2002
Penang ja
Pink forever!
Act like a lady, think like a boss
Saya kat sini

RULES

use nice words
Request? Of course you can!
can ask anything about my blog
Please register! So, I can blogwalking to your blog too
No spam here!
Ask for exchange link? Also can!

Kalau dah lama jenguk tu, jangan lupa solat!
Memories

Secret box♥



Pink's menu!!

Pinky world


Navigation
Izzati's novels Izzati's novelistar tips! Izzati's rules

Missing T.T



 Konbawa minna! Sekejap ja dah berapa hari bulan. Dan saya pun baru ja habis dari PT3. If you want to know, I'm not too glad because SPM next year sedang menanti. Siaplah 2019 ni sebab SPM ni adalah penentu masa depan! T.T

 And for result untuk candidate SPM tahun lepas akan keluar bulan tiga ni. Harap yang baik-baik sebab my brother adalah salah seorang yang sedang menantikan result SPM dia.

 Tadi waktu nak kemas-kemas almari buku, terjumpalah satu fail. Apa lagi kan?? Terus ambil fail tu dan terus buka nak tengok benda apa yang diletak kat dalam tu. Bila buka ja fail tu terus rasa sebak.

 Mestilah rasa sebak sebab semua kenangan masa form 3 macam result trial, latihan cikgu bagi, percubaan ujian mendengar, kerja khusus sejarah, geografi, nota-nota penting dan banyak lagilah yang berkaitan dengan PT3 ada dalam fail tu.

 Rasa pelik juga sebab time kemas almari masa akhir tahun tu, tak terfikir pun nak buang semua ni dan semuanya ada dalam fail tu. And saya pun ambil keputusan tetap tak nak buang semua tu. Faham tak ayat saya tulis tu??

 Siapa tak rindukan sebab masa form 4 (tahun ni) semua dah pergi ke bidang masing-masing. Ada juga kawan yang dah pindah and make me just want to cry cry and cry!! I really miss it! :((((


I do really miss all of it! Lagi-lagi modul math walaupun selalu kena masa form 3! T^T


Sepatutnya time cikgu tak masuk kelas kena study tapi saya hanya melukis Naruto dengan Sasuke. Too lazy nak study masa tu! Sebab tu dapat sikit A ja. (At least I tell the truth)  


Ni pula nota BI. Teacher suruh buat nota yang comel-comel and I just did sebab nota yang comel membuatkan student suka nak study! :) 


Tak ada kaitan dengan form 3 sebab sekarang sedang buat kerja sekolah sains! I need to study hard sebab SPM tahun depan. T.T  

 I really miss form 3 tapi nak buat macam mana? Ni baru rindu form 3. Belum lagi habis sekolah. XD That's all for today. Thanks for reading entri yang over ni. Keep smiling because it's sunnah! Assalamualaikum and sayonara minna! :)


Quote of a day



 Ohayou gozaimasu dan salam subuh! Saja-saja nak menulis blog sebelum nak pergi sekolah. Harap-harap readers sentiasa ada dalam keadaan yang sihat dan sejahtera selalu. :)

 Hari ni saja nak bagi satu quote untuk tatapan readers. Dan juga agak excited melihat gif kaneki ken! Wow! Movie untuk tokyo ghoul live action masih belum ditonton. Hari tu adalah tengok tapi tak habis. Jadi ada rancanglah balik sekolah ni nak tengok balik.

 Walaupun ceritanya lebih kurang sama dengan anime, tapi serius nak kata cerita dia menarik dan okay ja. Nampak lebih real dan lebih action! <3 Pelakonnya pun pandai bawa watak karakternya dan salah seorang pelakonnya adalah hero dari cerita kamen rider wizard! Wahh!

 Okay, melalut pula cerita fasal movie ni. Nanti buatlah review kan?? Kalaulah ada yang rajin nak baca. T.T Lagipun dah inform yang storyline dia sama ja dengan anime. Tak ada sangat perubahan yang ketara. Yang bezanya live action dengan anime. Entahlah sebab tak habis tengok movie ni lagi jadi macam mana nak tahu jalan cerita dia sama atau tak..


 Nice quote right? Nampak simple tapi bermakna. Okay, that's all for today. Keep smiling because it's sunnah! Assalamualaikum!


First entry of 2018



Hola! Lamanya tak menulis blog. Bila log in akaun dan start nak menulis rasa macam first time baru buka blog! Okay, I know hari ni dah berapa hari bulan. Sekarang dah tahun 2018 dan usia pun semakin meningkat. Walaupun sebenarnya umur tak sampai 16 kalau diikutkan betul-betul. You know what I mean right? It's about birthday. But I'm not excited about that. 

Rasa lega juga sebab dah lepas dari PT3. And candidate tahun ni, bersiap-sedialah nak hadap soalan yang gila susah tu. (Tak akan susah kalau belajar betul-betul :p) Kalau masih tak sedarkan diri yang PT3 masih lambat lagi, entahlah nak kata apa. I'm so serious. 

About my PT3's result, Still sad because I just got a few 'A'. Tak dapat macam budak pandai lain yang skor gila banyak A. Nak kata puas hati dengan result tu taklah sangat sebab math. Serius, masa pergi ambil result, tengok semua subjek just okay. Bila tengok result math. I just want to cry sebab tak boleh juga nak dapat result yang memuaskan. And my teacher just ask... 'Kenapa dengan result math you?? Why??' And I just like.. 'I don't know teacher!' T.T

Nak kata tak study untuk math memang merepek sebab PT3!!! Bukan exam biasa awal tahun tu. It's PT3. Memang serius study study study sampai subjek Bahasa Melayu tu pun memang saya dah tak kisah. For me, math ni important. Masa sampai sekolah baru nak buka buku BM tu pun tengok tengok sahaja dan terus buka buku math sebab nak refresh balik. 

Dan waktu tulis exam tu...Buka buka ja paper...soalan depan-depan tu boleh juga jawab. Datang yang belakang belakang...Memang start nak menangis sebab susah gila. For me. Saya jujur memang saya lemah dalam subjek ni. Memang saya tak pandai math. Apa yang saya study memang kebanyakkannya tak masuk. And you know what it means? 

Sorry kalau grammar error. Saja try tulis BI. Okay, bila habis exam math tu...tawakal lah. Kita dah usaha, dah berdoa, yang tinggal hanya tawakal. Kalau dapat bagus...Alhamdulillah. Kalau teruk...anggap ada hikmah dan cuba lagi. That's no reason untuk mengalah dan putus asa. :)

That's all for today. Saja menulis pasal pengalaman jawab PT3. Untuk mengisi kekosongan pada blog ni. Terima kasih kalau ada yang luangkan masa untuk membaca. Keep smiling because it's sunnah! :)



Too happy^^



 Hii! So happy today! Nak tahu sebab apa? Alhamdulillah! My grandmother dah sampai sini! After dapat panggilan telefon dari tok yang sedang menunggu flight dari KL nak balik Penang, terus teruja semacam sampai hampir mengalirkan air mata kegembiraan. Alhamdulillah sebab tok dah dapat kerjakan umrah!

 Memang mengerjakan umrah ni adalah cita-cita! Siapa tak nak pergi sanakan? Semua nak pergi. Rasa gembiralah sebab my grandmother's dream dah jadi kenyataan! Allah izinkan my grandmother pergi sana! Thank you Allah! Harap-harap kita yang tak pernah sampai sana pun dapat pergi!! :') Amiin!

 Jadi, masa my grandmother nak pergi. Ya Allah! What the feeling? Sedih bercampur dengan gembira. Yang sedih sebab rindulah! Kan jauh Mekah dari Malaysia. Rasa happy, sebab tok dapat pergi jejakkan kaki ke tanah suci yang dajjal laknatullah tu pun tak boleh nak masuk. But saya menangis masa peluk tok. My mama? Don't ask. Of course she was crying too.

 But, yang patah hati tu sebab tak dapat sambut tok dekat lapangan terbang. Sebabnya, kereta tak muatlah. Jadi duduk rumah jalah buat apa yang patut. But my siblings and I feel so happy sebab abah dah janji nak bawa pergi jumpa tok dalam masa terdekat ni. Seronoknya!!!

 And....saya ada buatkan sesuatu untuk my lovely grandma. Saya ada buat hiasan dekat tudung saji untuk dihadiahkan kepada my grandma. Terima kasih dekat tok su dengan mak long Husna (Tok saudara dengan my mama's cousin) sebab sudi ajar my younger sisters and I dan belikan bahannya. Terima kasih sangat-sangat sudi share ilmu!


Terima kasih juga kepada kamen rider Double, Ryuki dan MY LOVELY AIDIL sebab sudi jadi model! 

 Jadi, itu sahajalah. I just too happy! Terima kasih sudi baca entri ni. Insya-Allah kalau ada masa blog ni akan diupdate entri lagi. Jaga diri selalu. Keep smiling because it's sunnah! Sayonara!


Sentiasa yang terbaik



 Moshi moshi. Harap-harap semuanya ada dalam keadaan yang sihat dan sentiasa dirahmati oleh Allah SWT.

And even though I was so bad, I've learned so much from you. Now I try to do it too. 
 Ok, ayat dekat atas tu adalah salah-salu lirik lagu Number one for me nyanyian Maher Zain. Kalau nak dengan lagu tu boleh dengar dekat youtube ja. Lagu ni memang best dan menyedarkan kita bahawa mak kita sentiasa yang terbaik.

 Saya adalah tertengok satu cerita ni. And I want to share it. Harap-harap kita boleh sedar dan tak akan sesekali pandang rendah dengan mak kita.

 Siapa ada mak yang bekerjaya? Ada yang ada, ada yang tak ada. Ada sesetengah mak kita ni sekadar suri rumah tangga. Ok, jadi saya nak share tentang cerita ni.

 Adalah seorang budak perempuan ni. Dia ni nak dikatakan masih sekolah rendah lagi. Hmm, masa tengok cerita ni, nama budak ni tak inform pun. Jadi saya nak bagi nama Rika lah dekat dia. Rika dapat result yang sangat bagus dalam peperiksaan dia. Dengan rasa begitu bangga sekali, dia pun pulang ke rumah dan terus bagitau dekat bapa dia.

 Bapa dia memang rasa happy sangat bila tengok result anak dia. Bapa siapa tak happykan kalau result peperiksaan anak dia cemerlang? And then, bapa dia pun katalah 'Rika mesti jadi macam mama Rika.' And then Rika pun diam jalah. Dia fikir something.

 'Ish, jadi macam mama?? Kenapa pula aku kena jadi macam mama? Mama hanyalah seorang suri rumah tangga yang tak ada apa-apa kerjaya. Kerja dia pun, masak, kemas rumah, basuh baju dan lipat baju. Layakkah aku nak jadi macam mama memandangkan aku boleh pergi jauh???' Tengok, Rika fikir yang macam tu.

 Bapa dia pelik juga tengok reaksi anak dia yang macam tak suka. Tiba-tiba Rika terus cakap dekat bapa dia.

 'Ish, kenapa Rika nak kena jadi macam mama? Rika tak nak jadi suri rumah tangga macam mama. Rika nak jadi macam wanita lain yang ada company sendiri, bisnes sendiri. Tak naklah jadi macam mama. Bukannya dapat apa pun kalau duduk rumah buat kerja jaaaa!' Macam tu cakap Rika. Bapa Rika diam ja.

 Tapi, Rika tak tahu yang mama dia dah dengar semua ayat anak dia tu. Cuba readers bayangkan perasaannya kalau readers di tempat mama dia?? Rasa sedihkan? Rasa macam diri tu useless kan? Rasa macam apa yang kita buat selama ni tak pernah dihargai.

 Ok, esok tu, Rika rasa lapar gila. Dia pun terus pergi dapur nak makan. Tapikan, Rika rasa sedih sebab mama dia tak masak hari tu. Rika pun terus pergi ruang tamu. Tengok tengok... mama Rika tengah baca buku. Rika pun terus pi tegur mama dia.

 'Mama, Rika laparlah. Mama tak masakkah? Mama pergilah masak.' Rika kata macam tu dekat mama dia. Readers boleh agak tak apa yang mama dia balas? Rasanya ada yang boleh agak.

 'Huh, pergilah masak sendiri. Kalau lapar sangat pergi masak sendiri!' Tengok, mama dia balas macam tu. Rika rasa macam pelik kenapa mama dia macam tu.

 'Ish, mama! Rika tak pandai masak. Rika tau buat sandwich ja...' Rika masih tak puas hati.

 'Kalau tau buat sandwich, makan sandwich jalah. Dah, pergi sana. Mama nak baca buku!' Mama dia balas macam tu. Rika pun dengan rasa sedih terus berlalu dari situ.

 Tiba-tiba bapa dia pula datang. Bapa dia minta suruh salin lampin anak kecil mereka. Mama dia tak nak dan suruh bapa dia yang tukarkan. Tengok, begitu kecil hati mama dia. Bapa dia pun pergilah tukar walaupun tak sekemas mama dia yang tukarkan.

 Rumah makin lama makin semak. Makin kotor. Mama dia masih macam tu. Asyik baca buku.

 'Mama! Kemaslah rumah juga. Semak gila rumah! Mama ni dah kenapa???' Ucap Rika. Mama dia buat endah tak endah.

 'Aduh, tak akanlah tak boleh kemas. Kemas ajalah.' Ucap mama dia. Rika tertunduk. Sedih betul dia.

 Pada malam hari, Rika sedang buat homework. Homework dia adalah cikgu dia suruh dia tulis satu karangan, siapakah yang kamu mahu jadikan idola? Siapakah kamu mahu jadi seperti bila besar nanti?

 Rika masih tak tulis walau satu pun patah perkataan. Dia terfikir. Siapa? Tiba-tiba dia teringatkan perbualan dia dengan bapa dia tempoh hari. Dia ada kata yang dia tak nak jadi macam mama sebab mama tak bekerjaya dan hanya duduk rumah buat kerja.

 Tapi dia baru sedar. Kalau mama dia tak masak, tak kemas rumah, tak basuh baju, tak jaga adik. Macam mana jadi? Lihatlah keadaannya. Memang teruk.

 Dia sedar mungkin mamanya telah mendengar segala kata-katanya hari tu dan tersinggung. Dia rasa bersalah sangat. Akhirnya dia dapat ideal dan terus tulis yang idolanya adalah mamanya sendiri. Dia nak jadi seorang wanita yang rajin macam mama dia. And then tertidur.

 Tiba-tiba mama dia masuk bilik dia dan terbaca karangan tu. Mama dia pun menangis. Mamanya masih sayangkan anaknya itu.

 Dan keadaan kembali macam biasa. Rika pun tolong juga mama dia buat kerja-kerja rumah. Kini dia sedar, kalau macam mana bekerjayanya kita, tapi kalau tidak rajin buat kerja rumah pun tidak ada gunanya juga. Kalau bekerjaya dan pandai buat kerja rumah lagi bagus!

 Jadi, Rika sedar yang mamanya sentiasa yang terbaik.

TAMAT

 Walaupun jalan cerita macam budak-budak, tapi ada something yang kita dapat. Betul tak? Jadi, janganlah pandang-rendah dengan mak kita walaupun beliau sekadar seorang suri rumah tangga. Ini kerana, mereka pun ada menyumbangkan sesuatu yang kita sendiri pun tak berdaya nak buat.

 Itu sahaja. Sharing is caring. Keep smiling because it's sunnah. Jumpa lagi dalam entri yang akan datang. Sayonara!!!


How can we help???



 Helo! Harap-harap semua readers ada dalam keadaan yang selamat dan sihat-sihat saja. Semua orang mesti dah tahu tentang berita bahawa Baitulmaqdis akan menjadi ibu negara Israel. Kalau tak tahu tu memang duduk bawah tempurung besilah.

 Siapa tak kenal dengan presiden Amerika, Donald Trump? Trump telah pun mengiktirafkan bahawa Baitulmaqdis akan menjadi ibu negara Israel. Lepas dengar sahaja berita tentang ni, rasa terkejut tu memang tak terhingga. What is going on right now!!??

 Perdana menteri Israel tu menyambut pengumuman Trump tu sebagai Peristiwa bersejarah . Nak tergelakkan? Tapikan, hubungan rapat AS dengan dengan negara lain macam Britain atau Perancis dah jadi sangat kritikal.

 Presiden Palestine, Mahmoud Abbas berkata AS melepaskan peranan sebagai orang tengah dalam inisiatif damai, dan puak sekular dan Islamis meminta mogok dan diadakan perhimpunan.

 Untuk pengetahuan readers, banyak negara yang tidak setuju dengan pengiktirafan yang kononnya amat bersejarah itu.

 See, kalau nak tahu berita selanjutnya tentang berita ni, boleh baca dekat sini 

 Tujuan entri ni ditulis bukannya apa. Sebagai saudara Islam, walaupun kita tak boleh nak bantu orang-orang Palestine di sana tu, kita boleh tolong mereka dengan beberapa cara.

 Kita boleh sahaja berdoa untuk keamanan mereka. Lepas solat tu, rajinkanlah diri tu. Doakanlah untuk mereka. Hanya Allah SWT sahaja tempat kita memohon segalanya.

 Bukan itu sahaja, apa sahaja bentuk yang menyalurkan duit kepada Israel tu, boikot jalah! Tak kiralah, makanankah, minumankah, pakaiankah, macam-macamlah....tolonglah boikot. Tak payah nak pergi salurkan duit tu kepada mereka bagi menyerang orang-orang Islam kat sana.

 Kalau perkara yang macam tu pun kita tak boleh nak tolong, siapalah kita? Bergunakah kita? Memalukan jalah. Dengar MCD keluarkan ayam goreng entah apa-apa, semua orang pergi macam tak pernah makan. Bukannya sedap. Ayam entah dari mana. Tak tahu sembelih baca bismillah ka tak. Kita ni pi beli dan makan ja. Oi, matikah kalau tak dapat makan MCD?

  Readers pun confirm tau benda apa lagi yang menyalurkan duit ke Israel untuk bom saudara Islam kita kat sana.

  Dengan ini, saya berharap sangat agar kita sama-sama doa untuk kesejahteraan Palestine! Doa adalah senjata orang Islam! Allah SWT itu maha segalanya. Jaga diri selalu. Jumpa pada entri seterusnya. Keep smiling because it's sunnah! Bye! :)


Kawaii cat!



 Helo! I'm back again! Terima kasih sebab masih lagi baca entri dalam blog ni! Untuk hari ni, saja-saja nak buang masa sikit share foto-foto kucing yang super kawaii! Entahlah pandangan orang macam mana kan dengan haiwan ni, tapi gerenti bagi readers sure comel!!

 Memang saya ni suka sangat dengan haiwan yang comel comel. For me, semua haiwan super comel ya, tak??? Siapa tak suka dengan haiwan comelkan??

 Okay, jom tengok foto kucing-kucing yang comel niii!


 Comel kan?? Dahlah gebu, gemuk! Memang kucing yang macam ni adalah salah satu favorite!!!!!


 Yang ni lagi comel. Tak boleh tengok! Kalau tengok memang rasa macam nak pi cari kucing ni sekarang juga!!!


 Kalau time marah, tengok ja kucing ni... Rasa marah tu terus hilang. Entahlah kenapa. Comel sangat kucing ni!!! Foto kucing ni, kawan yang send sebab tahu yang saya memang suka sangat dengan haiwan-haiwan comel macam ni.

 Comel gila kucing dengan rabbit ni! :)))))))


 Such a cute and beautiful eyes!


Amboi, nyenyaknya kucing tu!


Nak minum!! Mesti sedap!! ;p

 Ok itu sahaja untuk hari ni. Comel-comelkan kucingnya? I like it so much! Jaga diri! May Allah SWT bless you! Bye!